MAJLIS ALUMNI RKA SESI 94-96

INTRO

Diadakan pada hari Sabtu tanggal 5 JUN 1999 bertempat di Kafeteria Bentara, Asrama Pusat Kulai. Walaupun diadakan secara sederhana, majlis ini tetap berjalan lancar.

bentara.JPG (9319 bytes)

 

candid7.JPG (12048 bytes)

PERSIAPAN

Dibuat seawal bulan APRIL iaitu pada sesi perjumpaan di antara peneraju-peneraju majlis pada 27 APRIL 1999. Dikuti dengan majlis mesyuarat antara jawatan kuasa majlis pada 16 MEI 1999.Perbincangan dengan pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat serta pengedaran kad jemputan dibuat pada 18 MEI 1999. Persiapan tempat diadakan secara gotong-royong sehari sebelum majlis berlangsung iaitu pada 4 JUN 1999.

 

PARA JEMPUTAN

Dihadiri oleh 31 orang bekas pelajar RKA sesi 94-96. Majlis turut dihadiri oleh En.Arshad Yahya (Wakil Rasmi Pengetua STAR Putra), Cik Latifah Othman (Bekas Guru Kelas 3 RKA 1 sesi 96), En. Masa'ud Baharom (Warden Asrama Putera), Pn. Shurina Abdul Jalil (Ketua Warden Asrama Puteri),dan Cik Zubaidah Abdullah (Warden Asrama Puteri).

tetamu2.gif (14419 bytes)

 

serak7.JPG (6678 bytes)

PEMBUKA ACARA

Dipengerusikan oleh Saudara Ahmad Fazani Mislan, berpasangan dengan Saudara Azizul Hakim Jamil. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Azanni Ahmad.

 

SEPATAH DUA KATA

Penghormatan diberikan kepada wakil bekas-bekas pelajar, Saudara Noorkhairan Nordin untuk menyampaikan ucapan beliau. Kata-kata hikmat daripada Wakil Rasmi Pengetua STAR Putra,En Arshad menyusul sejurus selepas itu.

serak12.jpg (11673 bytes)

 

 

serak11.JPG (13975 bytes)

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Disampaikan oleh En. Arshad kepada bekas-bekas pelajar dan beberapa orang guru.

 

PEMBUKA SELERA

Para tetamu dijamu dengan hidangan yang ditempah khas.Di samping itu, sajian pencuci mulut turut dihidangkan.

serak8.JPG (16912 bytes)

 

serak1.JPG (16025 bytes)

INISIATIF SIBER

Majlis turut diceriakan dengan pelancaran laman web JOM! Reunion... oleh En. Arshad. Laman web ini dibangunkan oleh Saudara Mohd Raffiek Tahir dengan tujuan mengenengahkan kepentingan Teknologi Maklumat (IT) di samping menggalakkan bekas-bekas pelajar RKA dan RK dari sesi lalu dan akan datang saling berhubungan.

 

GALERI FOTO

Sila klik pada gambar di sebelah untuk memasuki galeri foto Majlis Alumni Kelas RKA Sesi 94-96.

Galeri Foto

 

candid13.JPG (8858 bytes)

NATIJAH

Diakui bahawa wujud beberapa kelemahan dalam majlis ini. Namun, harus difahami bahawa ini adalah program perintis yang akan berkesinambungan pada masa akan datang. Diharap majlis seperti ini akan lebih kerap diadakan di kalangan bekas-bekas pelajar RKA dan RK bagi menampilkan kecemerlangan mereka supaya lepasan kelas RKA dan RK dari STAR Putra setaraf dengan pelajar-pelajar sekolah ternama di negara ini.